WE ARE CLOSED UNTIL FURTHER NOTICE. WE ARE MOVING TO NEW LOCATION
icon-search
icon-search

Kenali Ikan Jenahak dan Cara Memasaknya!

Kenali Ikan Jenahak dan Cara Memasaknya!

     Pernahkah anda lalu di pasar basah dan terlihat ikan Jenahak? Tapi anda tak tahu apa itu ikan Jenahak. Mungkin sebab anda tak biasa makan, atau jarang dengar ikan Jenahak, atau selama ini anda tahu Golden Snapper tapi tak tahu nama Melayunya ikan Jenahak.

     Jika anda ingin tahu tentang ikan Jenahak dan bagaimana memasaknya, ayuh kita sembang bersama!

     Ikan jenahak dalam bahasa Inggeris dipanggil Golden Snapper, dan tergolong dalam keluarga ikan Snapper. Antara ikan-ikan lain yang merupakan keluarga Snapper ialah ikan merah, ikan kunyit duri, ikan timun, dan banyak lagi.

     Ia tergolong dalam keluarga Snapper kerana ikan Jenahak memakan mangsanya dengan cara merentap (snapping). Ikan Jenahak merupakan sejenis ikan pemangsa, maka ikan ini akan merentap diet makanannya seperti udang-udang kecil.

     Kebiasaannya, ikan Jenahak yang dewasa panjangnya sehingga 50cm. Tetapi saiz ikan Jenahak juga boleh mencecah sehingga 70cm! 

     Di The Good Prawn, anda boleh dapatkan ikan Jenahak dengan saiz antara 800gram sehingga 1 kilogram! 

     Besar bukan?!


Kita sudah pun berkenalan dengan ikan Jenahak. 

Sekarang, mari kita lihat bagaimana kebiasaannya orang tempatan memasak ikan Jenahak!


  1. Ikan Jenahak Masam Manis

Masakan Ikan Jenahak Masam Manis ini sangat sesuai dimakan dengan ulam-ulaman. Di masak dengan nenas sebagai antara bahan-bahan utama, boleh dibayangkan rasa manis buah pada ikan Jenahak yang membuatkan ia lagi lazat!

Sudah tentu masakan ini padat dengan khasiat yang bagus untuk kesihatan seperti Vitamin C!


  1. Ikan Jenahak Masak Stim Asam Boi

Ikan Jenahak juga lazat dimasak dengan cara stim! Cuma bezanya kali ini, ianya di stim bersama dengan asam boi! 

Unik bukan?

Masakan yang sihat dan penuh dengan rasa yang ummph! Lazat dan menyelerakan!


  1. Ikan Jenahak Masak Asam Pedas

Kegemaran rakyat Melaka! 

Ikan Jenahak Masak Asam Pedas, baunya semerbak wangi dek daun kesom dan daun limau purut.

Ditambah dengan kepedasan lada, Ikan Jenahak Asam Pedas sememangnya menjadi pilihan ramai apabila hendak memasak Jenahak!



Apatah lagi sekarang, The Good Prawn ada promosi Set Asam Pedas Ikan Jenahak! Lengkap dengan ikan Jenahak dan sayur-sayur untuk asam pedas, set ini semestinya memudahkan dan menguntungkan untuk membuat Asam Pedas Ikan Jenahak!


Jika anda ingin merasa ikan Jenahak, anda boleh beli atas talian sahaja dengan The Good Prawn!


Anda boleh dapatkan Set Asam Pedas Ikan Jenahak, ataupun ikan Jenahak saja di The Good Prawn! 


Selamat mencuba!



Older post

Your Cart

Your cart is currently empty.

Continue browsing here.